Posts

SL1M CIMB Phase 2 - Team Building @ OBS Lumut, Perak

Assalamualamualaikum... Phase 2 - Team Building @ OBS Lumut, Perak Ok guys, nie sambungan entry tentang sl1m. Minggu ke-2 kitorang kena pergi Outward Bound of School (OBS) kat Lumut, Perak. So pagi2 isnin semua dah berkumpul untuk naik bas. Perjalanan ambil masa dalam 3jam kot if tak silap saya laa. Huhu. Sampai je kat sana, ada taklimat ringkas. Then, da boleh masuk bilik. Bukan bilik pun, dia lebih kepada dorm, macam kat asrama tuuu. Tapi asrama dia tu atas bukit. Jenuhh nak panjat tangga, dengan bawak beg2 berat lagi. Fuhh..pinggang toksah cakap laa, macam nak patah weyy. 😥 Kaki pun rasa nak tercabut je. 😩 Kalau tak silap saya ada lebih kurang 90 lebih anak tangga kot. Tak ingat. Haa..boleh bayang tak berapa tinggi nak sampai atas tu?? Untung laa sapa yang dapat bilik kat bawah2 je. Macam kitorang sebelah siang tak ada aktiviti pun. Hanya bahagi kumpulan, suai kenal dan sembang santai. Malam lepas magrib baru start, kena buat wall climbing (tak sure nama aktiviti tu..sebab...

SL1M CIMB - Phase 1

Assalamualaikum... Lama dah saya tak menulis ni. Sebab apa? Tak ada idea 1 hal, malas pun 1 hal jugak. Last saya published post saya 15 Disember tahun lepas. Kira2 dalam 3 bulan lebih jugak saya tinggal kan dunia blogging ni. Huhu. Ok entry kali ni saya nak share sikit pengalaman saya sebagai peserta SL1M CIMB. Memang saya dah plan nak share pasal SL1M nie once saya tamat training. Sebab lagi senang kan saya kasi tau anda experience saya dari mulaaaa sampai lah habis training. Jangkamasa program SL1M nie sebenar nya bergantung pada company. Macam CIMB 4bulan. Saya start 28 September 2015 dan tamat pada 27 Januari 2016. Cukup2 4 bulan kan? Tak lebih tak kurang. SL1M CIMB nie ada 3 phase yang sl1mmer kena lalui. 1 training class, 2 Team Building kt OBS dan 3 on-job training. ************************************* Phase 1: Training Class Training class nie diorang buat seminggu. So dalam seminggu tu memang suasana nya pun macam dalam kelas masa belajar dulu. Training class ni...

The Entries...

List of Entry to Post: 1. Manfaar ber "Blogging" 2. Pengalaman as a CIMB SL1Mmers 3. Akaun Simpanan Saya 4. Further Study..Master? PhD? 5. Motivasi 6. Ini Bisnes Saya 7. Novel 8. Bahan Bacaan 9. 7 Habits of Effective People 10. Masa itu Emas. Time is Precious 11. Faraidh & Wasiat P/s: ini yang terlintas di fikiran..tapi rasa nya macam banyak lagi... Boleh juga kalau ada yang bermurah hati nak share idea. TQ! ^^

Mukadimah by Me

Assalamualaikum. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Hihihi.. Lama tak berpantun.. Ini blog saya yang pertama dan saya baru mula belajar cara2 nak create blog nih. So...di harap kann..para blogger yg telah senior dapat membantu saya dalam memantopp kn blog nie. ^^ Actually, saya bukan seorang yang pandai dalam menyusun kata2 ni. Jadi..sebab tu la ayat2 saya ni nampak skema. 😁😀 Walaupun dulu teror dalam Penulisan masa sekolah rendah (sekolah menengah dah tak teror..sob3)..ehehe..bak kata orang "masuk bakul angkat sendiri, naik lif tekan sendiri" . Huhuhu.. Ok lah. Entry nie sebagai mukadimah or pengenalan je untuk blog saya nie. InshaaAllah akan saya penuhkan dan kongsikan blog nie dengan isi2 yang dapat memberi manfaat kepada anda dan diri saya juga. Wassalam...😊