SL1M CIMB Phase 2 - Team Building @ OBS Lumut, Perak
Assalamualamualaikum...
Phase 2 - Team Building @ OBS Lumut, Perak
Ok guys, nie sambungan entry tentang sl1m. Minggu ke-2 kitorang kena pergi Outward Bound of School (OBS) kat Lumut, Perak. So pagi2 isnin semua dah berkumpul untuk naik bas. Perjalanan ambil masa dalam 3jam kot if tak silap saya laa. Huhu.
Sampai je kat sana, ada taklimat ringkas. Then, da boleh masuk bilik. Bukan bilik pun, dia lebih kepada dorm, macam kat asrama tuuu. Tapi asrama dia tu atas bukit. Jenuhh nak panjat tangga, dengan bawak beg2 berat lagi. Fuhh..pinggang toksah cakap laa, macam nak patah weyy. 😥 Kaki pun rasa nak tercabut je. 😩 Kalau tak silap saya ada lebih kurang 90 lebih anak tangga kot. Tak ingat. Haa..boleh bayang tak berapa tinggi nak sampai atas tu?? Untung laa sapa yang dapat bilik kat bawah2 je.
Macam kitorang sebelah siang tak ada aktiviti pun. Hanya bahagi kumpulan, suai kenal dan sembang santai. Malam lepas magrib baru start, kena buat wall climbing (tak sure nama aktiviti tu..sebab panjat2 tali, maybe rope climbing??)
Kat OBS nie makan pun sama jugak, 5x sehari. Padan la dengan aktiviti yg kita kena buat. Semua aktiviti lasak. Dari bangun pagi sampai malam memang semua penuh dengan aktiviti. Pagi2 kena senaman. Setiap pagi!
Salah 1 aktiviti yang paling mencabar bagi saya adalah kayak! Sebab kita kena kayak ke pulau (tak ingat nama pulau), ambik masa 6jam, redah la lautan yang maha luas tu, dengan ombak nya, dengan panas terik nyaa. Huhhh..bukan nak cakap la, tapi saya memang dah surrender la masa kayak tu. Sampai muntah2, pening, mual semua lah. Nak tak nak kena habis kan jugak. Tu masa pergi, nasib masa balik keesokan hari nya tu kami dapat jalan short-cut. 2jam je. Tapi letih jugakk, kena lawan arus. Haish 😲.
Semua aktiviti saya buat dan lepas, kecuali 1 iaitu rock climbing! Haa..nak habaq mai..hat nie memang ramai tak lepas. Sebab nya kalau rock climbing nie paling penting, tangan kena kuat untuk tampung berat badan kita. Bila nak panjat benda nie kita kena tarik badan kita naik ke atas dan kita hanya bergantung pada batu2 kecik kat dinding tu untuk kita berpaut. Yang nie bukan kata orang gemuk je tak lepas2, yang kurus2 pun ada jugak dalam 2 3 orang tak lepas 😂.
Genap 5 hari kat sini kitorang pun packing2 barang dan balik!
Dalam bas masa nak balik Victor, staff CIMB yang incharge budak2 sl1m nie dah sent email. Dalam tu dah disenaraikan nama2 sl1mmers dan department2 yang kita dapat. Alhamdulillah! Saya ditempat kan di Menara CIMB, Kl Sentral. Seperti yang saya mintak. Lupa nak bagi tau, masa kelas training dulu kita dah diberi pilihan untuk pilih department dan kalau kita bernasib baik kita dapat lah. Dan saya salah seorang yang bernasib baik tu. Hehe 😄.
Okayy lahh. Setakat nie saja ya entry pasal OBS nie. Ikut kan kalau nak cerita pasal OBS nie banyak je lagi yang tak tercerita pun. Nie kalau betul2 saya story2 kat korang pengalaman pahit manis kat OBS sampai besok pun tak habis. Huhuhu.
So untuk tahu department apa saya dapat kt Menara Cimb tu dan skop2 kerja saya kat situ, boleh lah korang nanti2 kan next entry saya ya. Entry tu mungkin panjang, selari dengan tempoh saya bekerja selama 3 bulan lebih kat situ.
Last but not least, MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA! Huhuhu

Comments
Post a Comment
Any comment or idea to add? Just let me know. ^^